BM | EN | 中文

Tindakan Bersatu tak sah, kata Dr Mahathir dan empat yang lain

tun-dr-mahathir-ppbm-bersatu.png

Gambar Ehsan ohbulan.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Bersatu yang digugurkan keahlian petang tadi menyifatkan tindakan parti itu tidak sah.

Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen Bersatu menolak tindakan parti mengumumkan keahlian mereka terhenti serta merta, ekoran tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional, kerana ia bertentangan dengan proses dan perlembagaan parti.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang mencabar apa yang mereka sifatkan sebagai “pemecatan salah”, yang bukan saja melanggar tatacara tetapi dibuat secara “jelik dan biadab”.

Advertisement

Menurut kenyataan itu pada perkara 10.2.2 Perlembagaan Bersatu menyatakan seseorang dilucut keahlian apabila ‘mengisytiharkan keluar daripada parti’ dan perkara 10.2.3 ‘menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini’.

Justeru itu katanya amat dangkal dan tidak munasabah untuk kelima mereka dikatakan keluar parti sedang hanya melaksanakan aoa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku ahli parlimen yang sah.

“Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberikan penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Keahlian Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain ‘terhenti serta merta’ daripada parti itu hari ini.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut ‘digugurkan’.

Kelima mereka ‘dihentikan keahlian serta merta’ atas alasan duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu dan surat berkenaan ditandatangani setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Advertisement

Dalam pada itu tambah kenyataan tersebut, surat yang dihantar kepada kelima mereka itu menampakkan kecelaruan urusetia parti Bersatu.

“Ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberi kuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan Bersatu ditadbir secara profesional.

“Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada antaranya adalah para pengasas parti Bersatu sendiri adalah sangat menjelikkan dan biadab,” katanya.

Advertisement

Tambah kenyataan itu lagi, pejabat presiden bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara selain menampakkan sikap diktator.

“Kami juga menyatakan disini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh presiden Bersatu dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu kenyataan tersebut turut menyebut bahawa tindakan undang-undang boleh diambil demi kemaslahatan ahli-ahli akarumi Bersatu.

Advertisement

“Kami akan memastikan Bersatu kembali ke landasan yang betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan.

“Pada ahli-ahli parlimen Bersatu yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top