BM | EN | 中文

Timbalan Speaker mohon maaf, akui hadir jamuan durian di Batu Pahat

rashid-hasnon.jpg

Datuk Mohd Rashid Hasnon (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

BATU PAHAT, 30 JUN: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengaku menghadiri jamuan durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang dikatakan sebelumnya.

Beliau juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid berkata kekeliruan timbul apabila terdapat pihak media yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video berkenaan dan dia menjawab soalan tanpa menonton terlebih dahulu rakaman tersebut.

Advertisement

“Saya ingin menjelaskan tentang isu video yang tular semalam mengaitkan keberadaan saya dalam dusun durian.

“Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Setelah selesai mengadap Yang DiPertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.

Advertisement

“Untuk makluman, sememangnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini, saya sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman mereka berikutan jualan yang merosot.

“Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini,” kata Rashid dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rashid, beliau kebetulan berada di Batu Pahat ketika lawatan kerja Menteri, Zuraida Kamaruddin ke Batu Pahat.

Advertisement

“Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan Menteri untuk dibawa pulang.

“Selepas rombongan Menteri pulang, saya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

“Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami. Soya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan.

Advertisement

“Selepas perbincangan tamat, saya terns meninggalkan program awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM,” katanya lagi.

Semalam tular video timbalan speaker itu dirakam sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu.

Advertisement

Acara itu dikatakan berlangsung di Batu Pahat, Ahad lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top