BM | EN | 中文

Timbalan Menteri Wilayah harus letak jawatan – Pemuda AMANAH

santhara-taqiuddin.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MAC: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara dilucutkan kerana beliau dilihat tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman merujuk cuti 55 hari yang diambil Edmund Santhara yang dianggap prestasi menghambarkan.

“Kami mendesak agar beliau dilucutkan jawatan serta-merta kerana tidak mampu memikul tanggungjawab kepada rakyat.

Advertisement

“Jika ada masalah peribadi tidak perlu melibatkan kerja beliau. Bagaimana rakyat mahu disantuni apabila Timbalan Menteri mereka tidak ada di dalam negara.

“Seperti makan gaji buta sedangkan rakyat hari ini semakin terkesan dengan ekonomi yang mendesak,” katanya.

Taqiuddin yang merupakan Adun Pulai Sebatang berkata, kerajaan dilihat lemah sekiranya mereka yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik masih dikekalkan jawatan.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama katanya, Santhara juga harus bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan yang dipikul beliau.

“Beliau (Santhara) juga perlu bertanggungjawab melepaskan jawatan beliau secara sukarela kerana jelas tiada khidmat terbaik dilakukannya.

“Menteri atau timbalannya perlu dilantik dari segi pencapaian mereka, bukan dilantik atas dasar mengikat agar mereka menjadi pak turut,” katanya lagi.

Advertisement

Hari ini timbalan menteri wilayah, Edmund Santhara tampil menjelaskan keberadaannya di New Zealand selama 55 hari susulan pendedahan media,

Kata Santhara, dia memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui menteri dan mendapat kelulusan perdana menteri pada 3 Disember lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top