BM | EN | 中文

Tik Tok di malam Nisfu Sya’ban, tindakan Noraini memalukan

tik-tok-noraini-ahmad.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 APR: Penganjuran pertandingan video pendek TikTok oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad pada malam Nisfu Sya’ban, adalah tindakan yang memalukan.

Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, langkah yang diambil Ahli Parlimen Parit Sulong itu sangat mengejutkan dan tidak masuk akal.

“Saya agak terkejut. Di malam Nisfu Sya’ban, Menteri Pengajian Tinggi isytiharkan untuk mahasiswa ber’tik tok’ pula,” kata Sheikh Umar dalam kenyataannya hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP Johor turut mempersoalkan halatuju yang cuba digambarkan oleh Noraini terhadap keseluruhan imej mahasiswa dan pengajian tinggi menerusi penganjuran pertandingan tersebut.

“Saya tidak menyalahkan aplikasi Tik Tok yang bagi saya tidak lebih sekadar sebuah medium aplikasi hiburan muda mudi masa kini. Bahkan saya tidak menyalahkan jika ada mahasiswa atau anak muda yang berminat dengan aplikasi ini.

“Namun, apabila Noraini atas kapasiti seorang Menteri yang menerajui Kementerian Pengajian Tinggi memilih untuk mengajak mahasiswa ber’tik tok’, bagi saya ini tidak cocok sama sekali.

Advertisement

“Ini amat memalukan,” katanya lagi.

Semakan Johorkini mendapati hantaran poster pertandingan di aplikasi video pendek TikTok yang dimuatnaik malam tadi di media sosial rasmi Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, didapati telah diturunkan.

Berdasarkan carian hantaran mempromosi pertandingan TikTok yang ditularkan di media sosial, difahamkan program itu turut menampilkan dua personaliti media sosial, Norreen Iman dan Iskandar Rahman, namun ia tidak dapat lagi ditemui.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top