BM | EN | 中文

TIGA WANITA LEMAS KETIKA BERKELAH DI PANTAI BATU LAYAR

IMG-20191111-WA0019.jpg
Advertisement

 

KOTA TINGGI, 11 NOV : Tiga wanita ditemui lemas di Pantai Batu Layar petang semalam oleh orang awam.

Mangsa dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 25 dan Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 23.

Advertisement

Difahamkan ketika kejadian kesemua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikatakan berkelah di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.35 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba dilokasi didapati tiga mangsa lemas yang dilaporkan telah dijumpai oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top