BM | EN | 中文

TIGA UNIT KEDAI DI PUSAT MEMBELI-BELAH DI TEBRAU TERBAKAR

IMG-20191208-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Tiga unit kedai di sebuah pusat membeli-belah di Taman Desa Tebrau, di sini terbakar pada jam 3.50 pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dan mangsa terlibat pada kejadian yang berlaku di tingkat aras bawah pusat membeli-belah tersebut.

Pegawai Operasi Ketua Balai Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

“Setibanya di tempat kejadian, bantuan pemadaman awal oleh sistem kebakaran bangunan yang aktif iaitu sistem ‘sprinkler’ dan ‘blower’ telah berjaya memadamkan hampir kesemua kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, walau bagaimanapun, pihak bomba memadamkan kebakaran di kawasan yang tidak diliputi sistem ‘sprinkler’ di unit-unit tersebut.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.03 pagi tadi manakala punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top