BM | EN | 中文

Tiga rumah, 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Kota Tinggi

Tiga-rumah-10-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran-di-Kota-Tinggi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUL: Sebanyak tiga buah rumah jenis separuh kekal serta 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang dekat Kota Tinggi, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata kejadian pada 7.11 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dan Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999.

Advertisement

“Operasi pemadaman terbabit melibatkan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera penyelamat kebakaran (FRV) dan sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Azman berkata kenderaan yang musnah berada di parkir berhampiran ketiga-tiga rumah melibatkan jenama Proton, Honda, Volvo, Toyota, Ford serta sebuah motosikal jenis Suzuki GSX.

Beliau berkata operasi pemadaman ditamatkan pada 10.25 pagi dan pihaknya masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top