BM | EN | 中文

TIGA PPS DITUTUP, MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI BERKURANGAN

banjir.jpg

KOTA TINGGI, 11 DIS : Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka Isnin lalu ditutup jam 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, PPS yang ditutup adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Kolej Vokasional Kota Tinggi dan di Dewan Seri Teratai Batu 4.

“Ekoran itu hanya dua PPS sahaja yang masih dibuka melibatkan jumlah mangsa seramai 70 orang dari 21 buah keluarga.

“PPS berkenaan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia yang menempatkan 46 mangsa dari 13 keluarga dan.

“Sebuah lagi PPS di SK Mawai dengan jumlah mangsa seramai 24 orang dari lapan buah keluarga,”katanya dalam satu kenyataan.

Antara kawasan yang masih terjejas dengan banjir adalah Kampung Baharu, Kampung Changi, Kampung Jumis Bukit Raja, Kampung Mawai Baru, Kampung Mawai Lama dan Kampung Haji Mohd Jambi.

 

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top