BM | EN | 中文

TIGA PESERTA DARI JOHOR SERTAI KEJOHANAN BERBASIKAL DALAM GELANGGANG DUNIA 

IMG-20191207-WA0035.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Tiga penunggang basikal daripada Johor menyertai Kejohanan Berbasikal Dalam Gelanggang Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2019 yang diadakan di Basel City, Switzerland.

Persatuan Bebasikal Dalam Gelanggang Malaysia dalam kenyataannya memberitahu, peserta yang menyertai kejohanan itu adalah Zulkifli Senin, Muhammad Zikri Dahlan dan Muhamad Iezuan Jamian itu akan bertanding di dalam kumpulan elit pada kejohanan tersebut.

Pada kejohanan tersebut, seramai 220 atlet akan berkumpul untuk pertandingan tersebut yang akan merangkumi enam gelaran dunia termasuklah untuk Cycle Ball dan lima kategori berbasikal artistik.

Advertisement

Menurut Pengurus Kumpulan Malaysia, Kasmabudin Margono, pihaknya mengucapkan terima kasih kerana menerima sokongan daripada Kerajaan Negeri Johor serta agensi-agensi di negeri Johor seperti Majlis Sukan Negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan lain-lain.

“Kami juga mengalu-alukan Iskandar Investment Berhad dan beberapa sektor persendirian seperti Powertechnic dan Kacang Pool Haji dalam menyokong kami untuk kejohanan kali ini.

“Kami berharap untuk menjadikan sukan ini setanding dengan aktiviti sukan berbasikal yang lain di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Kejohanan Berbasikal Dalam Gelanggang Dunia ini merangkumi Cycle Ball dan Berbasikal Artistik dimana penunggang harus mempersembahkan aksi mereka  sementara berbasikal dengan menggunakan koordinasi yang betul.

Bagi kejohanan kali ini, beberapa peserta daripada negara Jerman akan mempertahankan gelaran mereka iaitu Lena dan Lisa Bringsken (Pair Women), Lukas Kohl (Single Men), serta Serafin Schefold dan Max Hanselmann (Pair Open).

Turut menyertai dalam senarai entri termasuklah Turki dan Greece bersama-sama dengan atlet daripada Amerika Syarikat (AS), Portugal, Sepanyol dan Itali.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top