BM | EN | 中文

Tiga penjuru di PRK DUN Slim

Tiga-penjuru-PRK-DUN-Slim.jpeg
Advertisement

TANJUNG MALIM, 15 OGOS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Slim bakal dicabar calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili parti baharu ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanah Air.

Seorang lagi calon Bebas adalah S Santharasekaran, 44, yang merupakan bekas guru dan Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (Perkam).

Advertisement

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shamsul Ridzuan Idris pada jam 10.35 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) di sini ditutup pada jam 10 pagi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya ketika mengumumkan nama-nama calon bertanding di sini sebentar tadi.

Calon BN, Mohd Zaidi akan menggunakan simbol BN, iaitu dacing.

Advertisement

Calon bebas mewakili Parti Pejuang Tanah Air, Amir Khusyairi yang merupakan seorang peguam menggunakan simbol pokok, manakala Santharasekaran menggunakan simbol buku

Senarai calon ikut turutan:

1. Bebas: Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (pokok)

Advertisement

2. BN: Mohd Zaidi Aziz (dacing)

3. Bebas: S Santharasekaran (buku)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top