BM | EN | 中文

Tiga penjuru di PRK Chini

PRK-Chini.jpg

Dari kiri: Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Mohd Sharim Md Zain (Gambar Ehsan Ali Rock)

Advertisement

PEKAN, 20 JUN: Pilihan raya kecil (PRK) Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, menentang dua calon bebas.

Mohd Sharim dicabar bekas timbalan ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Pekan, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan penulis blog, Mohd Shukri Mohd Ramli.

Pengumuman ketiga-tiga calon tersebut dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi ini.

Advertisement

Proses penamaan calon yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang itu disaksikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dan timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom.

SPR dalam kenyataan berkata telah menubuhkan tiga pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon dalam tempoh kempen.

Ia bagi memastikan pematuhan Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top