BM | EN | 中文

Tiga pelancong China positif coronavirus

dr-dzul.jpg

Dr Dzulkefly Ahnad pada sidang media di pejabatnya (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

PUTRAJAYA, 25 JAN: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga pelancong China yang dikuarantin di Johor Bahru sebelum ini positif menghidap jangkitan coronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiga individu berkenaan turut melibatkan dua kanak-kanak.

Katanya, ketiga-tiga individu itu merupakan ahli keluarga kepada salah seorang penghidap coronavirus berusia 66 tahub yang disahkan berlaku di Singapura sebelum ini.

Advertisement

“Mereka tiba di Singapura dari China sebelum sebahagiannya memasuki negara ini melalui Tambak Johor.

“Kementerian Kesihatan Singapura kemudian memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia perkara tersebut sebelum Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengesan kumpulan itu untuk pemeriksaan kesihatan dibuat.

“Mereka kemudian dikesan dan diasingkan untuk tindakan lanjut oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh yang mengesahkan jangkitan itu lewat malam tadi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya seperti yang dilaporkan agensi berita tempatan, BERNAMA.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top