BM | EN | 中文

Tiga pekerja kilang sesak nafas akibat kebocoran gas

bomba-5.jpg

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang ekoran berlaku kejadian kebocoran gas.

Advertisement

KLUANG, 11 FEB: Tiga pekerja sebuah kilang di Jalan Mahsuri 1, di sini mengalami simptom sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas beracun dalam satu kejadian pada jam 2.44 petang, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Zulbaharine Talib berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat kebocoran gas.

Katanya, setibanya bomba ke lokasi, didapati kesemua pekerja kilang tersebut telah berhimpun di tempat yang selamat.

Advertisement

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebocoran gas jenis asid nitrik yang menyebabkan tiga pekerja kilang mengalami sesak nafas.

“Kesemua mangsa merupakan wanita berusia antara 24 hingga 35 tahun telah dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dianggarkan terdapat seramai 300 pekerja yang berada di dalam kilang yang menghasilkan produk sarung tangan itu ketika kejadian berlaku.

Advertisement

Tambah beliau, seramai 14 pegawai dan anggota serta empat buah jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian manakala operasi ditamatkan pada jam 3.14 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top