BM | EN | 中文

Tiga pasangan ibu bapa teruja dapat bayi tahun baru

baby-2020-01-scaled.jpg

Yi Hong dan suamo Yoong Kang teruja apabila anak perempuan sulung mereka dilahirkan pada tahun baru 2020

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 JAN : Kegembiraan berganda buat tiga pasangan ibu bapa apabila bayi pertama mereka dilahirkan sempena sambutan Tahun Baru 2020 di Hospital Gleneagles, Medini, di sini, semalam.

Yap Shin Yi, 32 dan Low Yi Hong, 33 masing-masing melahirkan bayi perempuan seberat 3.24 kilogram (kg) dan 3.19kg pada jam 9.31 pagi serta 11.32 pagi.

Manakala, Ng Peh Ting, 32 pula melahirkan anak lelaki sulungnya seberat 3.09 kg pada jam 1.36 petang di hospital berkenaan.

Advertisement

Sementara itu, suami Yi Hong, Lee Yoong Kang, 35 benar-benar gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

“Kami benar-benar tidak sangka, anak pertama kali dilahirkan pada sambutan Tahun Baru 2020.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak hospital atas penjagaan dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Medini Johor, Jean Francois Naa berkata, pihaknya turut gembira seramai empat bayi dilahirkan di hospital berkenaan pada 1 Januari 2020.

“Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dari Wilayah Selatan serta pelancongan perubatan dari rantau ini, kami telah menambah 22 bilik tidur ‘single’ yang direka khusus secara eksklusif yang terdiri daripada satu Suite Presiden, dua Suite Junior dan 19 Single Deluxe.

“Ini adalah cita-cita kami untuk memastikan pesakit menerima yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh penjagaan kesihatan.

Advertisement

“Pada masa ini, kita melihat peningkatan pesakit tempatan dan antarabangsa yang memerlukan penjagaan kesihatan yang berkualiti di hospital kami yang mana 15 peratus adalah antarabangsa terutamanya dari Indonesia, China dan Singapura,” katanya

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top