BM | EN | 中文

Tiga maut kemalangan libat empat kenderaan di Kluang

IMG-20200208-WA0005.jpg

KLUANG, 8 FEB : Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM 42, Jalan Batu Pahat-Mersing, malam tadi.

Kemalangan pada jam 9.20 malam itu melibatkan tiga buah Perodua Myvi dan sebuah motosikal menyebabkan mangsa pemandu salah sebuah Perodua Myvi, penunggang dan pembonceng motosikal maut.

Mangsa maut dikenali sebagai, Jelok Buso, 63 dan pembonceng, Suparman, 36 keduanya warga Indonesia. Manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Aishah Afiqah Mashaizar, 26.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal hendak masuk simpang sebelah kanan jalan iaitu ke ladang UK Farm sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Myvi.

“Kereta berkenaan yang cuba mengelak lalu bertembung dengan sebuah Produa Myvi lain manakala pembonceng motosikal terpelanting lalu jatuh ke atas sebuah lagi Perodua Myvi.

“Penunggang dan pembonceng maut di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Myvi meninggal dunia di wad kecemasan. Mangsa yang lain semua di masukkan dalam wad kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top