BM | EN | 中文

Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Johor, Kluang

Tiga-maut-dalam-kemalangan-melibatkan-dua-kenderaan-di-Jalan-Johor-Kluang.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

KLUANG, 3 NOV: Sepasang suami isteri dan seorang cucunya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Johor, Kampung Pinggir, dekat sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.09 pagi dan seramai tujuh anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri iaitu Md Salleh Kosran, 75, Miskina Naining, 70, dan cucunya, Izzah Shahirah Sahri, 22, yang memandu kereta itu.

Advertisement

“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Hino yang dipandu Mohmad Talib Supardi, 52.

“Kejadian itu menyebabkan semua mangsa dalam kereta Perodua Alza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori terselamat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

“Operasi tamat pada jam 11.25 pagi,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top