BM | EN | 中文

TIGA MANGSA NYARIS MAUT KEBAKARAN

kebakaran-rumah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 SEPT: Tiga mangsa termasuk seorang wanita orang kurang upaya (OKU) nyaris maut dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Saiful Bahri Safar, mangsa yang berusia setahun hingga 60 tahun itu berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.58 pagi dan seramai 21 anggota terbabit bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Saiful Bahri berkata, sebuah rumah telah musnah 85 peratus manakala sebuah lagi musnah 75 peratus dan operasi ditamatkan kira-kira jam 11.07 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top