BM | EN | 中文

Tiga lelaki suspek kes samun kilang berjaya ditahan

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KULAI, 19 FEB : Sebuah kilang di Jalan Idaman Taman Desa Senai di sini kerugian RM27,516 selepas disamun Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dilaporkan pengawal keselamatan kilang berkenaan yang memaklumkan terdapat tiga lelaki memakai topeng dan bersenjata parang telah menyerangnya.

Menurutnya, lelaki Pakistan berkenaan mendakwa telah diikat di dalam kontena dan telah dipukul di bahagian kepala serta muka sebelum didatangi salah seorang suspek membawa lori.

Advertisement

Katanya, barangan dicuri adalah tujuh set alum bronze cooler cover casting bernilai RM15,666, satu lot bronze scrap 570 kg bernilai RM11, 400, dua telefon bimbit dan wang tunai RM450.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah membuat serbuan dan tangkapan tiga lelaki berumur 20 hingga 47 tahun di Jalan Perak 1, Taman Bersatu Kulai.

“Berpandukan salah seorang suspek telah menunjukkan lori yang telah digunakan untuk kes samun tersebut bertempat di pusat servis kenderaan Jalan Air Hitam, Kulai.

Advertisement

“Ekoran itu polis telah membuat rampasan dua telefon bimbit dan sebuah lori yang dilaporkan hilang,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kesemua suspek dibawa balik ke IPD Kulai dan siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai 20 rekod lampau jenayah.

Jelasnya, kesemua mereka juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 KPJ dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top