BM | EN | 中文

TIGA KEMBAR SEIRAS DARI KLUANG SAMBUNG PENGAJIAN DI UUM

kembar-3-kluang-uum.jpg

MINGGU SUAI KENAL PELAJAR BAHARU UUM 2019

Advertisement

SINTOK, 5 SEPT: Perasaan gembira dan teruja bercampur sedih buat tiga kembar seiras dari Kluang, Johor apabila berjaya menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi akademik 2019/2020.

Ketiga pasangan itu, Intan Nur Liyana Suhaimi, 20, Intan Nur Fazrina, 20, dan Intan Nur Syazrina, 20, melahirkan rasa syukur apabila dapat melangkah masuk ke UUM, untuk menyambung pengajian masing-masing.

Namun salah seorang dari mereka, iaitu kembar keempat, Intan Nur Diyana, 20, pula menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sains Maklumat dan Perpustakaan di UiTM kampus Rembau, Negeri Sembilan.

Advertisement

Kakak sulung, Intan Nur Liyana Suhaimi, 20, menyatakan bahawa mereka tidak pernah berpisah sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, demi cita-cita, keempat-empat mereka terpaksa memendamkan hasrat tersebut dan memberitahu untuk saling berhubung bagi melepaskan rindu termasuk panggilan video.

“Kami sejak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah memang tidak pernah berpisah.

Advertisement

“Tiba-tiba apabila mendapat tawaran belajar di universiti, hanya Intan Nur Diyana (kembar kedua) sahaja yang ditawarkan Sarjana Muda Pengurusan Maklumat dan Perpustakaan di UiTM, Rembau, Negeri Sembilan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau ditemui pada hari pendaftaran Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 UUM di Inasisi Petronas, dekat sini.

Intan Nur Liyana ditawarkan pengajian Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian bersama adik kembar keempatnya, Intan Nur Syazrina, manakala adik kembar ketiganya, Intan Nur Fazrina pula ditawarkan pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

Advertisement

Menurutnya, bukan sahaja berkongsi cita-cita sama, keempat-empat mereka juga turut berkongsi minat, makanan kegemaran dan hobi serupa.

“Keempat-empat kami memang banyak berkongsi perkara yang sama. Kami semua suka makan nasi goreng termasuk cita-cita sama untuk menjadi pensyarah,” katanya.

Ketiga-tiga kembar tersebut antara pelajar baharu daripada 4,856 pelajar yang akan mengikuti 41 program pengajian bagi sesi akademik 2019/2020 di UUM.

Advertisement

Sementara itu bapa mereka, Suhaimi Sulaiman, 52, bersyukur dan bangga dengan kejayaan anak-anak kembarnya walaupun salah seorang mereka terpaksa terpisah abdari adik-beradik lain.

Keempat pasangan kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil (SSAJ) tersebut berjaya meraih kejayaan tersendiri selepas masing-masing mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018.

Keempat-empat kembar itu mencatatkan keputusan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) di antara 3.17 hingga 3.75.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top