BM | EN | 中文

TIGA KELUARGA DIPINDAHKAN TANAH RUNTUH DI SHELL ULU TIRAM

IMG-20191219-WA0005.jpg

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di bahagian tebing bukit bersebelahan Stesen Minyak Shell Ulu Tiram, Lot 49, Batu 13, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS : Tiga buah keluarga dipindahkan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di bahagian tebing bukit bersebelahan Stesen Minyak Shell Ulu Tiram, Lot 49, Batu 13, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian terus ke balai kejadian itu pada jam 6.20 pagi.

Katanya, BBP Johor Jaya kemudian menghantar sebuah jentera dan sebuah utiliti Hilux dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang anggota ke lokasi.

Advertisement

“Setibanya pasukan tindakan operasi di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di bahagian tebing bukit bersebelahan Stesen Minyak Shell Ulu Tiram.

“Terdapat lapan orang mangsa yang terdiri daripada tiga buah keluarga telah dipindahkan oleh pasukan bomba ke dewan badminton highland.

“Semua mangsa dalam keadaan selamat. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu telah dibuka pada jam 7.30 pagi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kerja-kerja untuk menutup runtuhan tanah menggunakan kanvas dilakukan oleh pasukan bomba bersama jurutera Shell.

“Antara agensi-agensi yang hadir di lokasi kejadian termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan kontraktor Shell,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top