BM | EN | 中文

TIGA KAKITANGAN SEKOLAH MAUT DALAM KEMALANGAN

ACCIDENT-3.jpg
Advertisement

MERSING, 30 SEPT: Seorang pengetua sebuah sekolah di Simpang Renggam dan dua kakitangannya maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Nitar-Mersing, di sini, semalam.

Dalam kejadian, kira-kira jam lebih kurang 1.40 petang itu, ketiga-ketiga mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Mersing menuju Kuang.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah berlawanan.

Advertisement

“Kemalangan menyebabkan dua mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Cyril Edward berkata, manakala, pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.

Tambahannya lagi kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top