BM | EN | 中文

Tiga individu didakwa memiliki barangan tiruan

MAHKAMAH-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JAN: Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki 391 unit kasut dan selipar yang menggunakan cap dagangan berdaftar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dua pengarah syarikat di dakwa kerana memiliki 215 unit kasut dan selipar yang mana suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di sebuah premis perniagaan di Johor Jaya pada 9 Januari 2020.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-dua pengarah syarikat yang sama didakwa memiliki 176 unit kasut dan selipar yang mana suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di sebuah premis perniagaan yang lain, juga di Johor Jaya pada tarikh sama.

Advertisement

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, seorang pekerja premis turut didakwa memiliki 215 unit kasut dan selipar yang mana suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di sebuah premis perniagaan di Johor Jaya pada tarikh sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua pengarah syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap unit barang atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Manakala pekerja berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap unit barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kes itu merupakan pendakwaan pertama di bawah Akta Cap Dagang 2019 sejak pindaan berkuatkuasa pada 27 Disember tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan melaksanakan Ops Tiru 2.0 bagi memastikan Malaysia bebas daripada aktiviti perdagangan dan perniagaan barangan tiruan sepenuhnya.

“Ops Tiru 2.0 bertujuan untuk melindungi hak harta intelek di setiap peringkat rantaian perniagaan termasuklah premis perniagaan peruncit, pembekal, pemborong dan pengilang,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top