ISKANDAR PUTERI, 8 JAN: Kerajaan negeri mengumumkan penyusunan dan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang berkuatkuasa hari ini.
Perkara tersebut diumumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor, hari ini.
Penyusunan dan penstrukturan semula portfolio ini membabitkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor iaitu Aminolhuda Hassan, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Sheikh Umar Bagharib Ali.
Aminolhuda sebelum ini adalah Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi kini akan memegang portfolio Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia.
Mohd Khuzzan sebelum ini adalah Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan akan memegang portfolio Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.
Sheikh Umar sebelum ini memegang portfolio Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini akan memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi.
“Penyusunan semula portfolio ini bertujuan bagi memperkemas dan memantapkan bidang tugas Exco-Exco berkenaan.
“Rombakan ini juga dilakukan sebagai keperluan semasa yang selari dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri,” menurut kenyaatan tersebut.
JohorKini