BM | EN | 中文

Tiga beranak maut motosikal dihempap pokok sawit

IMG-20200207-WA0017.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 FEB: Tiga beranak maut di apabila motorsikal yang dinaiki mereka dihempap kelapa sawit di jalan lorong Haji Ayub, jalan Batu Putih jam 8.47 pagi, hari ini.

Menurut komander operasi, Penolong Kanan Pegawai Bomba Mohd Fauzi Md Nor, mangsa telah dihempap pokok kelapa sawit berketinggian 25 kaki dan dua meter ukur lilit.

“Ketiga-tiga mangsa, NorAzhana Othman, 48 (Penunggang motor), Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17, dan Muhammad Arif Hasanuddin, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan pada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement

Operasi menyelamat dan mengalihkan pokok sawit tersebut tamat pada jam 11.13 pagi.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top