BM | EN | 中文

Tiga bekas banduan Penjara Kluang mahu pulang ke kampung dibantu ahli parlimen

wong-shu-qi-bantu-banduan-penjara-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 12 JUL: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi membantu tiga bekas banduan penjara Kluang dengan menyalurkan sumbangan untuk mereka pulang ke kampung halaman.

Menurut Shu Qi, ketiga-tiga bekas banduan itu telah datang ke pejabatnya dan menurut mereka, Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa menghalang ketiganya untuk pulang ke tempat asal mereka, lebih-lebih lagi apabila poket kosong.

“Memandangkan keadaan mereka yang baru sahaja keluar penjara, mereka tidak mampu menaiki pengangkutan awam.

Advertisement

“Saya telah menyalurkan sedikit bantuan kepada mereka, walaupun tidak seberapa namun saya harap bantuan ini dapat memudahkan perjalanan untuk pulang ke rumah dan memulakan kehidupan baru.

“Ini merupakan kisah hidup rakyat yang tidak selalu kita bincangkan, yang tidak semua orang tahu.

“Namun realitinya, perkara seumpama ini berlaku di mana rakyat bagaikan hilang arah untuk meneruskan perjalanan mereka.

Advertisement

“Siang dan malam mereka tidak mempunyai kemewahan untuk berfikir tentang apa yang berlaku dalam negara, kerana apa yang berlaku kepada mereka juga masih tak dapat mereka faham dan selesaikan,” kata Shu Qi dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Kata Shu Qi, beliau berharap rakyat Malaysia terus tabah dalam menghadapi segala cabaran yang hadir menguji minda, emosi, dan fizikal.
“Selagi kita mampu berjuang, kita berjuang, selagi kita mampu lawan, kita lawan.

“Ingatlah, tatkala anda berasa putus asa dan terlalu kecewa, suarakanlah hati anda, pasti akan ada yang mendengar,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top