BM | EN | 中文

Tiga barangan ditambah dalam senarai harga kawalan sempena Krismas

dr-s-ramakrishnan-1.jpg

Dr S Ramakrishnan pada majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Taman Austin, Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: KPDNHEP telah menambah kepada 14 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) ini berbanding 11 jenis pada tahun 2018.

Menurut Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr S Ramakrishnan, skim ini membantu pengguna terutama golongan B40 membeli barangan pada harga yang munasabah sempena musim perayaan.

“Barangan tambahan pada SHMMP tahun ini ialah cili merah, ubi kentang dan kubis bulat import.

Advertisement

“Kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi terutama musim perayaan,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran SHMMP di Taman Austin, Johor Bahru, hari ini.

Tambah ADUN Bekok itu lagi, tempoh penguatkuasaan SHMMP berlangsung selama sepuluh hari dan berkuatkuasa mulai hari ini.

“Skim ini dilaksanakan lima hari lebih panjang berbanding lima hari pelaksanaan pada tahun sebelumnya,” kata Dr Ramakrishnan.

Advertisement

Berikut adalah senarai barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2019:

  • Ayam hidup
  • Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  • Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  • Ayam belanda import
  • Daging kambing tempatan bertulang
  • Daging kambing dan berbiri import bertulang
  • Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)
  • Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
  • Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
  • Lada benggala hijau
  • Tomato
  • Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis beijing)
  • Cili merah
  • Ubi kentang import (China)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top