BM | EN | 中文

TIDAK KECIL HATI DENGAN PAS-BERJASA

Badhrulhisham-1-e1572949710931.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 5 NOV: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak berkecil hati dengan kenyataan dibuat Pas yang mahu mengkaji semula kerjasama mereka dalam Gagasan Sejahtera.

Presidennya, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz bagaimanapun berkata, pihaknya menghormati keputusan itu namun mereka tetap bersama Gagasan Sejahtera.

Advertisement

Menurut beliau, kerjasama antara Berjasa dan Pas tetap tidak berubah.

“Saya sedia maklum kenyataan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pihaknya akan mengkaji kedudukan Berjasa di dalam Gagasan Sejahtera.

“Beliau berhak untuk mempunyai pandangan sedemikian, tetapi kami tetap menghormati mereka serta kerjasama mereka dengan UMNO,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni penduduk setempat di Rambah, di sini, hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini memaklumkan Pas akan mengkaji semula hubungan dengan Berjasa dalam Gagasan Sejahtera susulan tindakan parti itu meletakkan calon dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top