BM | EN | 中文

TIDAK AKAN KOMPROMI PIHAK MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA – MUHYIDDIN

Muhyiddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 OKT: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk mengancam keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini kerana aspek keselamatan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan kesejahteraan rakyat di sesebuah negara.

Katanya, sebuah negara yang bergolak atau terancam dari segi keselamatannya tidak dapat memberikan persekitaran yang aman kepada rakyat.

Advertisement

“Apabila rakyat sentiasa dalam ketakutkan, sekaligus akan menyebabkan para pelabur untuk tidak yakin melabur ke negara ini dan akan membantutkan ekonomi.

“Justeru itu, pasukan keselamatan negara tidak akan teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk mengancam keselamatan negara,” katanya ketika berucap di dalam Majlis Rela Pontian bersama pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyeru orang ramai yang berminat untuk terlibat dalam menjaga keselamatan untuk menyertai Jabatan Sukarelawan Malaysia iaitu Rela.

Advertisement

“Anggota ini juga memainkan peranan yang penting dalam memelihara keamanan sesuatu kawasan dan saya percaya Rela mampu menjadi pemangkin aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah bersama komuniti,” katanya.

Beliau juga sempat memuji usaha anggota Rela yang melakukan rondaan keselamatan secara sukarela dalam usaha menjegah jenayah dalam kawasan setempat.

“Ini sekaligus dapat membantu untuk mengekalkan keamanan rakyat setempat,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top