BM | EN | 中文

Tidak ada undian sebulat suara dalam Belanjawan Johor 2021

gmbr-fail-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 9 DIS: Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan media yang menyatakan undian Belanjawan Johor 2021 diluluskan secara sebulat suara.

Dzulkefly berkata, undian sebulat suara hanya akan berlaku bilamana ada usul untuk undian secara belah bahagi dikemukakan kepada Speaker DUN dan bentara akan mendapatkan jawapan daripada setiap Adun sama ada bersetuju, tidak bersetuju atau berkecuali.

Katanya, jika hasil kiraan undian didapati keseluruhan 56 Adun bersetuju barulah dikatakan sebulat suara.

Advertisement

“Salah kenyataan (laporan) itu sebab kita bukan ada undian sebulat suara. Itu tidak berlaku. Apa yang terjadi dalam Dewan Negeri Johor adalah ‘undian suara’,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata. Pakatan Harapan (PH) mengekalkan prinsip untuk berkecuali dan apabila undian suara dibuat oleh Speaker pada Ahad 6 Dis 2020 ia akan merujuk kepada ‘status quo’ bilangan Adun dalam Dewan Negeri Johor iaitu PN (29) dan PH (27).

“Sudah tentu suara terbanyak adalah dari pihak kerajaan PN iaitu 29 Adun.

Advertisement

“Kesemua 27 Adun pembangkang dari PH mengambil sikap berkecuali dalam meluluskan belanjawan.

“Ada dua pertimbangan utama kita. Jika berdasarkan keabsahan (legitimasi) kerajaan PN seharusnya Belanjawan 2021 ditolak.

“Ditolak bukannya sebab belanjawan tersebut, tetapi kerajaan yang menyediakan belanjawanan tersebut adalah kerajaan yang tidak mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU14 yang lalu.

Advertisement

“Walau bagaimanapun PH Johor menyedari bahawa Belanjawan Johor 2021 sangat penting kepada rakyat Johor khususnya ketika berhadapan dengan impak penularan Pandemik Covid-19 maka PH Johor mengambil sikap tidak memohon untuk undian belah bahagi tetapi melalui undian suara sahaja,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil kepada media yang mengeluarkan kenyataan tersebut beliau menjawab ia hanyalah sekadar salah faham dalam proses di DUN.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, berharap keterangan ini dapat memberikan situasi sebenar.

Advertisement

“Tidak perlu tindakan, pengamal media menjalankan kerja mereka dan berlaku salah faham atau salah laporan dalam kes ini.

“Media ternama itu seharusnya membuat rujukan awal sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu namun ia telah pun berlaku dan kita akan menerangkan hal ini.

“Saya berharap rakyat faham dengan matlamat PH dalam berpendirian ketika belanjawan ini berlangsung,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top