BM | EN | 中文

Tiada unsur pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor di Kluang

Hutan-Simpan-Lenggor.png

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

KLUANG, 25 NOV: Susulan aduan orang awam yang mendakwa Hutan Simpan Lenggor, Kahang, dekat sini, disyaki diceroboh untuk kegiatan pembalakan haram, polis Johor mengadakan operasi khas dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata melalui operasi dan rondaan yang dilakukan bermula jam 7 pagi hingga 6 petang tadi, didapati tiada kegiatan seumpama itu dikesan seperti dilaporkan.

Beliau berkata operasi membabitkan 80 pegawai dan anggota polis serta Jabatan Perhutanan Negeri itu turut disertai Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Salim Aman.

Advertisement

“Ketika tiba di lokasi yang dimaksudkan iaitu kawasan ‘Apartmen 197’, didapati hanya (terdapat tinggalan) kayu balak lama…yang bukan ada unsur pembalakan haram, namun jika ada maklumat, kita (polis) akan melakukan operasi dengan Jabatan Perhutanan lagi.

“Kita akan menyiasat sama ada betul atau tidak aduan pembalakan haram di Kluang ini, yang akan disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kahang, di sini.

Sementara itu, Salim berkata seramai 22 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi hari ini dan kerjasama dengan pihak polis itu akan sentiasa diteruskan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top