BM | EN | 中文

TIADA STATISTIK SOKONG DAKWAAN HARGA HARTANAH PASIR GUDANG MENURUN

E3998761-9CDF-4A44-B015-5B4E29B7FAD0.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Exco Perumahan Johor Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya belum mendapat sebarang laporan rasmi membuktikan dakwaan kononnya terdapat penurunan harga hartanah di Pasir Gudang.

Dzulkefly berkata beliau telah merujuk dengan jabatan dan agensi berkaitan susulan timbulnya dakwaan tersebut, yang muncul ekoran dari dua insiden pencemaran udara di daerah tersebut baru-baru ini.   

“Saya sudah menghubungi dan membuat semakan dengan beberapa agensi yang mempunyai maklumat boleh dipercayai tetapi setakat ini, tidak ada lagi statisitk yang menyatakan berlakunya penurunan.

Advertisement

“Malah saya difahamkan oleh pihak Johor Land (salah satu pemaju) yang ada projek di sana (Pasir Gudang) bahawa harga rumah mereka masih lagi sama bahkan permintaan meningkat,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Walaupun tidak menolak terus dakwaan tersebut, Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar berkata, sebarang penurunan harga hartanah yang mungkin berlaku di Pasir Gudang adalah bersifat sementara.

Tambahnya lagi, perkara tersebut kebiasaanya berlaku dalam bentuk jualan sub-sales, dimana ejen hartanah kebiasaannya mendapat maklumbalas lebih cepat dari pembeli yang berminat atas faktor berlakunya penurunan harga.

Advertisement

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top