BM | EN | 中文

Tiada rasa bersalah berkempen di Johor ketika rakyat tanggung hutang 1MDB, bidas Lim Kit Siang

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membidas individu yang aktif berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun menjadi punca skandal 1MDB yang hangat dibicarakan di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, kempen di Johor itu dilakukan untuk memastikan partinya menang sekaligus membuka peluang untuk individu tersebut kembali menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Lim Kit Siang berkata demikian dalam satu kenyataan media sebagai mengulas perbicaraan skandal 1MDB di AS yang melibatkan seorang pegawai bank dari Malaysia, Roger Ng.

Advertisement

Ng dituduh telah menyeleweng sebanyak AS$35 juta untuk melakukan sogokan dalam skandal berkaitan 1MDB.

Dalam perbicaraan itu, seorang saksi yang merupakan bekas pegawai bank Goldman Sachs mengakui menggunakan wang daripada 1MDB untuk menutup mulut kekasihnya dengan membelikan kediaman bernilai AS$1 juta di London.

“Sama ada Roger bersalah atau tidak, atau sama ada dia dijadikan kambing hitam seperti yang dikatakan oleh peguamnya di mahkamah di New York, hakikatnya, rakyat Malaysialah yang akan menanggung perbelanjaan mewah parti liar 1MDB dan perbelanjaan-perbelanjaan lainnya,” ujar Lim dalam kenyataan.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Lim Kit Siang berharap pengundi di Johor memahami skandal 1MDB yang berlaku serta kesannya kepada rakyat dan keseluruhan sebelum memilih calon wakil rakyat pada 12 Mac nanti.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan selepas pembubaran DUN pada 23 Januari 2022.

DAP dan AMANAH bertanding dalam PRN ini dengan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seramai 2.6 rakyat Johor layak mengundi pada PRN kali ke-15 ini.

Undian ini penting untuk menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun lagi.

Advertisement

Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing.

Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.

Advertisement

Share this post

scroll to top