BM | EN | 中文

“Tiada pihak yang akan tertinggal dalam Belanjawan Johor 2021” – MB

hasni-mohammad.jpg

Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV: Menter Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, Belanjawan Johor 2021 yang bakal dibentangkan hujung bulan ini tidak akan meninggalkan mana-mana pihak.

Hasni dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri Johor juga akan meningkatkan daya tahan rakyat, terutamanya golongan yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19

“No one is left behind, and we will cater to all Johoreans’. (Tidak ada yang tertinggal, dan kami akan melayani semua warga Johor),” kata Hasni dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Beliau menambah, Belanjawan Johor 2021 juga akan mengenalkan langkah-langkah baharu bagi memastikan dasar fiskal negeri yang realistik, lestari lagi berterusan, untuk masa hadapan Johor.

Dalam reaksinya kepada Belanjawan 2021 semalam, beliau berbesar hati dengan peruntukan yang diberikan kepada negeri Johor untuk menjana peluang pekerjaan dan memacu pemulihan ekonomi menjelang tahun 2021.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pusat yang mengutamakan pemulihan ekonomi Johor dan penjanaan peluang pekerjaan bagi rakyat Johor, dalam Belanjawan 2021.

Advertisement

Dalam perkembangan berkaitan, Hasni turut berharap agar kerajaan menyegerakan usaha pembukaan sempadan bagi merancakkan ekonomi di Johor.

“Saya masih berharap Kerajaan Persekutuan akan mempercepatkan usaha membuka sempadan demi merancakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan, memudahkan mobiliti pekerja di samping meningkatkan kualiti ekosistem pelaburan di Johor,” kata Hasni.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top