KULAI, 8 JUL: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta kerajaan menjelaskan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan Senai, kelmarin.
Ini katanya berikutan tidak ada pengumuman mengenai penemuan kluster jangkitan Covid-19 di kawasan itu.
“Hanya 13 kes baru di Senai semalam.
“Saya tidak nampak pengumuman penemuan kluster baru di Senai. Jadi mengapa tiba-tiba mengenakan PKPD di kawasan perindustrian di Senai? soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, lagi ketika ada pihak tertentu dilihat sibuk berpolitik ketika pandemik, beliau berkata tumpuannya kini adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat di kawasanya.
“Ada sesiapa dalam kabinet PN masih bekerja hari ini? Rakyat sedang menderita di luar sana,” kata Nie Ching.
Johorkini