BM | EN | 中文

Tiada pencapaian positif dalam pentadbiran kerajaan hari ini – Aminolhuda

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Selepas setahun Covid 19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari lalu, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak menunjukkan tanda positif dalam pencapaiannya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata ia boleh dilihat berdasarkan angka jangkitan yang meningkat mendadak sepanjang dua bulan kebelakangan ini.

“Apa yang boleh dibanggakan hanyalah usaha ‘frontliners’ kita yang tidak henti-henti mengerah keringat mereka dalam membantu pesakit Covid-19 dan masyarakat di negara ini.

Advertisement

“Namun kita akan berdukacita apabila bercerita soal kerajaan yang ada hari ini. Mereka dilihat gagal menangani masalah yang berlaku.

“Setahun Covid-19 menyerang negara kita. Boleh disimpulkan bahawa kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengheret rakyat ke landasan yang teruk,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu beliau yang merupakan Adun Parit Yaani berkata kerajaan seperti sudah tidak berdaya lagi dalam menguruskan negara hari ini.

Advertisement

Tambahnya keadaan semakin pincang apabila isu-isu berbangkit tidak dapat diselesaikan.

“Isu ‘double standard’, ketidakcaknaan pemimpin, ekonomi rakyat dan pelbagai lagi masih tidak dapat diselesaikan kerajaan.

“Akhirnya Darurat diisytihar membuatkan tidak wujud semak dan imbang dalam kerajaan.

Advertisement

“Yang dirasai rakyat adalah kehilangan sumber pendapatan sama ada yang bekerja swasta, pengusaha kecil, pemandu bas sekolah, pekerja kantin sekolah, apatah lagi yang bekerja sendiri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top