BM | EN | 中文

Tiada maklum balas dari Wee Ka Siong untuk debat dasar pengecualian kabotaj – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-Wee-Ka-Siong..jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Menteri Pengangkutan, Datuk Wee Ka Siong masih belum memberikan jawapan mengenai cabaran berdebat mengenai dasar kabotaj negara kata ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, sehingga hari ini Wee Ka Siong masih tidak memberikan sebarang perkembangan, meskipun beliau telah menerima cabaran untuk berdebat.

“Tiada maklum balas daripada pejabat Wee Ka Siong untuk membincangkan cabarannya kepada saya untuk berdebat mengenai dasar pengecualian kabotajnya yang mengakibatkan kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 kilometer memintas Malaysia.

Advertisement

“Adakah Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menyesal mengemukakan cabarannya untuk berdebat dengan saya mengenai dasar pengecualian kabotaj untuk kerja pembaikan kabel dasar laut setelah jawapan Parlimen oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Annuar Musa mendedahkan bahawa dasar pengecualian kabotaj oleh Wee yang belum diselesaikan telah mengakibatkan kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 kilometer tidak melibatkan Malaysia?

“Saya berharap bahawa Wee akan berhenti membuat serangan peribadi terhadap saya tetapi memberi maklum balas secara membina terhadap isu penting ini,” kata Guan Eng dalam kenyataan.

Pada 30 September, media melaporkan Wee Ka Siong secara terbuka mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat berhubung isu dasar kabotaj negara.

Advertisement

Cabaran itu dibuat susulan Guan Eng tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh Wee berhubung isu terbabit di Dewan Rakyat.

Wee berkata, beliau mencabar Guan Eng berdebat selama satu jam atas apa-apa isu yang dibawa oleh mereka termasuk isu dasar kabotaj.

“Saya sedia berdebat dengan (Ahli Parlimen) Bagan, dulu (dia) kata saya tak layak jadi presiden MCA.

Advertisement

“Sekarang saya cabar, satu jam kita boleh bincang dalam apa-apa program,” katanya.

Bagaimanapun, Wee tidak menyatakan tarikh dan tempat perdebatan itu akan mengambil tempat.

Guan Eng kemudian menyahut cabaran itu.

Advertisement

“Saya terima cabaran daripada menteri, bila-bila sila tetapkan masa. Saya akan datang,” kata Guan Eng, menurut laporan FMT.

Terdahulu, Guan Eng meminta Wee menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ekoran dasar kerajaan Perikatan Nasional yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menjawab pertanyaan Lim, Wee berkata, pembatalan pengecualian dasar kabotaj sekarang hanya kepada kerja pembaikan kabel dasar laut dan ia tidak menghalang kemasukan pelaburan asing dalam industri digital.

Advertisement

“Projek Apricot adalah projek pemasangan kabel, baik semasa zaman pemerintahan BN (Barisan Nasional), PH atau kerajaan sekarang. Polisinya tetap sama, iaitu masih tertakluk kepada dasar kabotaj yang diamalkan sejak 1980.

Pembatalan pengecualian dasar kabotaj sekarang hanyalah kepada kerja pembaikan kabel dasar laut ini dan ia tidak menghalang kemasukan pelaburan asing dalam industri digital,” katanya.

Kata Wee, ia dapat dilihat melalui pelaksanaan projek kabel dasar laut baharu seperti MIST Cable System yang menghubungkan Malaysia, Singapura, Myanmar, Thailand dan India serta India-Asia Xpress Cable System.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top