BM | EN | 中文

Tiada kes taun di Johor

dr-aman-rabu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Tiada kes kolera atau taun dikesan di negeri ini sejak enam tahun lalu sehingga hari ini.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, berkata negeri ini hanya merekodkan satu insiden kes kolera pada tahun 2015 yang berlaku di Tangkak.

“Kami ingin memaklumkan sejak tahun 2010 hingga hari ini, Johor hanya mencatatkan satu kes kolera atau taun iaitu pada tahun 2015 di Tangkak. Sejak itu, tiada kes kolera baharu dikesan sehingga kini di Johor.

Advertisement

“Kami menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah terutama memastikan keluarga mendapatkan bekalan air minuman dari sumber bekalan air dirawat, bagi mengelakkan penularan wabak kolera di Johor.

“Kolera atau taun adalah satu penyakit bawaan air atau makanan disebabkan jangkitan bakteria,” katanya, lapor BH Online semalam.

Semalam, Jabatan Kesihatan Selangor dilaporkan mengesahkan terdapat satu kes taun atau kolera di daerah Petaling pada 21 Oktober lalu.

Advertisement

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dilaporkan berkata, kes itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun.

Wanita itu dilaporkan mengalami gejala cirit birit teruk dan mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top