BM | EN | 中文

Tiada kes jangkitan wabak novel coronavirus di Johor

aminolhuda-14.jpg

Aminolhuda (kanan) dan Cai Tung (dua, kanan) ketika mengadakan lawatan ke LTAS

Advertisement

KULAI, 22 JAN : Setakat ini, tiada kes yang disyaki jangkitan wabak novel coronavirus dilaporkan di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap mengambil langkah pencegahan bagi menghalang penularan jangkitan itu.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, langkah pencegahan itu membabitkan 12 pintu masuk ke negeri ini termasuk udara, darat dan air.

Advertisement

Katanya, selain mengimbas suhu badan pelawat terutama dari China dan rakyat negeri ini yang baru pulang dari negara terbabit di pintu masuk ke Johor, saringan kesihatan turut dilakukan kepada pelawat merekodkan suhu badan yang tinggi.

“Johor mempunyai penerbangan terus dari Guongzhau, China. Oleh itu, mereka yang masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) akan dipantau dengan mengimbas suhu badan mereka terlebih dahulu.

“Pertama, sewaktu di dalam penerbangan sudah dimaklumkan sekiranya ada sakit atau demam perlu buat laporan secara terus sewaktu dalam penerbangan.

Advertisement

“Apabila melalui saringan di sini (LTAS), jika didapati suhu badan tinggi melebihi 38 darjah celcius, maka terus maklumkan kepada pegawai Jabatan Kesihatan yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas meninjau proses imbasan haba susulan berlakunya wabak virus berkenaan di Wuhan, China di LTAS, di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pembangunan dan Pelancongan Wanita negeri, Liow Cai Tung.

Advertisement

Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani memberitahu, kejadian wabak pheumonia ini tiada kaitan langsung dengan kejadian penyakit influenza kerana virus terbabit berbeza.

“Jabatan Kesihatan juga akan terus memantau sebarang perubahan yang berlaku di rantau ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysua dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cai Tung berkata, Jabatan Kesihatan telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Persatuan Pelancongan China Malaysia (MCTA) tentang isu tersebut.

Advertisement

Difahamkan, wabak korona ini mula dikesan di Wuhan, China sekitar Disember tahun lalu.

Sehingga kini sebanyak 205 kes telah disahkan dijangkiti wabak tersebut dengan kematian dilaporkan di seluruh dunia melibatkan empat negara iaitu China(201), Thailand (2), Korea (1) dan Japan (1).

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top