BM | EN | 中文

Tiada keperluan Rohingya di sektor perladangan, Felda

edmund-santhara.png

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara (Gambar Ehsan Malaysiakini / Mukhriz Hazim)

Advertisement

KOTA TINGGI, 1 MEI: Felda disaran menolak cadangan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen Segamat, Edmund Santhara untuk membenarkan warga Rohingya bekerja di sektor perladangan.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Tenggara, Ridhuan Esa berkata kenyataan Edmund itu tidak masuk akal ketika rakyat menghadapi cabaran ekonomi akibat Covid-19 dan risiko kehilangan pekerjaan yang tinggi.

Ridhuan Esa

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu lebih peka masalah rakyat sebelum mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ridhuan berkata, masalah tenaga buruh yang mencecah 11,000 pekerja seperti yang direkodkan pada 2018 antara masalah utama Felda dalam mencapai produktiviti pengeluaran hasil ladang.

“Setakat ini lebih kurang 10 peratus warga tempatan dan 90 peratus warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan India.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah memberi kesan kepada generasi Felda yang bekerja dan berniaga.

Advertisement

“Ramai generasi yang hilang sumber pendapatan kerana PKP dan mula sedar sektor perladangan adalah perkerjaan yang lebih tinggi nilai survival ketika bencana walaupun terdapat kawalan pergerakan,” katanya.

Beliau yang merupakan generasi peneroka berkata kesedaran tersebut boleh menjadi faktor untuk generasi Felda berkerja di ladang ibu bapa mereka sendiri berbanding bergantung kepada warga asing yang memerlukan kos tempat tinggal dan lain-lain.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini telah menjalankan program pembangunan generasi Felda dengan membina kawasan perumahan dan memberikan tapak lot rumah.

Advertisement

“Oleh yang demikian – faktor ekonomi setempat adalah berkerja bersama Felda atau Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) sebagai sumber pendapatan generasi yang tinggal di rancangan Felda.

“Belanjawan 2020 mengumumkan insentif RM 250 hingga RM 500 kepada pekerja tempatan yang menggantikan perkerja asing dan majikan menerima RM 250 atas tujuan yang sama.

“Justeru itu, cadangan timbalan menteri tersebut dilihat tidak relevan dan tidak boleh diterima khususnya bagi Felda,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top