BM | EN | 中文

Tiada keperluan ketatkan SOP rentas negeri ketika ini – Ismail Sabri

sekatan-jalan-raya-pkpb-covid-19-johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Prosedur operasi standard (SOP) pergerakan merentas negeri yang hanya membenarkan perjalanan bagi urusan bekerja dan hal-hal kecemasan, dilihat sudah memadai ketika ini.

Justeru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata belum ada keperluan untuk mengetatkan SOP pergerakan rentas negeri yang berkuat kuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, kebenaran rentas negeri hanya untuk mereka yang terpaksa hadir ke pejabat dan bagi mengurangkan pergerakan serta interaksi dalam kalangan masyarakat, selain arahan bekerja dari rumah telahpun berkuat kuasa mulai 22 Okt lepas.

Advertisement

“Sektor awam kita dah kurangkan jumlah kehadiran petugas di pejabat, namun untuk sektor ekonomi dan industri, kita benarkan petugas rentas negeri untuk bekerja termasuk bahagian penghantaran produk mereka.

“Selagi masih berkuat kuasa kebenaran rentas negeri untuk urusan bekerja, selagi itu kita tidak boleh ketatkan SOP rentas negeri,” katanya pada sidang media mengenai perlaksanaan PKP Pemulihan di Wisma Pertahanan, semalam.

Menteri Pertahanan itu sekali lagi mengingatkan semua rakyat yang merentas negeri untuk bekerja, supaya membawa surat kebenaran bekerja oleh majikan atau pas pekerja bersama mereka seperti yang diwajibkan.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai pergerakan keluar masuk 6 juta rakyat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang boleh menyumbang kepada kenaikan kes dan penularan COVID-19.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top