BM | EN | 中文

Tiada kenaikan harga makanan secara mendadak di Johor – Exco

Fama-Johor.jpg

Gambar Hiasan (Ehsan FB FAMA Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 APR: Tiada kenaikan harga makanan secara mendadak dikesan di negeri Johor sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan negeri, berhubung situasi semasa kes Covid-19 di Johor, hari ini.

“Sehingga kini juga, keadaan harga barangan adalah stabil dan tiada sebarang kenaikan harga secara mendadak dikesan sehingga kini.

Advertisement

“Selain itu, bekalan barangan keperluan didapati mencukupi dan mudah diperoleh di pasar raya dan kedai-kedai runcit,” kata Vidyananthan dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor sentiasa melakukan pemantauan berhubung kadar harga barangan keperluan di negeri ini.

Difahamkan KPDNHEP mempunyai 200 anggota penguatkuasa yang bertugas di semua daerah di negeri ini dan telah menjalankan pemeriksaan khas terhadap barangan keperluan asas bermula 18 Mac 2020 dan tugasan ini berterusan setiap hari.

Advertisement

Adun Kahang itu berkata, dalam tempoh PKP dilaksanakan, sehingga 8 April 2020, sebanyak 1,430 premis perniagaan telah diperiksa merangkumi 1,300 peruncit, 86 pemborong utama dan 44 pengilang.

“Pemeriksaan khas yang bermula 18 Mac ini lebih tertumpu bagi memastikan tindakan penguatkuasaan berjalan lancar dan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan semasa PKP.

“Bagi memastikan harga barang terkawal, pemeriksaan dilakukan di keseluruhan rantaian pengedaran melibatkan peruncit, pemborong dan pengilang.

Advertisement

“Sekiranya didapati ada peniaga yang cuba menaikkan harga secara mendadak, KPDNHEP akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atas kesalahan mencatut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top