BM | EN | 中文

Tiada kematian hari ini, 36 kes positif Covid-19 rekod terendah sejak PKP

kkm-dr-noor-hisham-abdullah-2.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 APR: Hari ini mencatatkan kes terendah positif Covid-19 direkodkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, iaitu sebanyak 36 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu turut memaklumkan tiada kematian direkodkan pada hari ini akibat Covid-19.

Namun jumlah kes positif Covid-19 secara keseluruhan sehingga hari ini adalah sebanyak 5,425 kes.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 98 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 45 orang dengan 28 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh dan discaj adalah 3,295 kes bersamaan 60.74 peratus dari jumlah keseluruhan 5,425 kes positif, manakala 89 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top