BM | EN | 中文

Tiada jangkitan wabak H1N1 di Johor – Mohd Khuzzan

Mohd_Khuzzan_Abu_Bakar.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan tiada jangkitan wabak penyakit Influenza A (H1N1) yang dikesan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, jangkitan membabitkan dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai berlaku di lokasi lain.

Katanya, kedua-dua pegawai itu dipercayai menerima jangkitan wabak berkenaan selepas kedua-duanya pulang daripada Johor.

Advertisement

“Wabak ini boleh dijangkiti di mana-mana dan jangkamasa inkubasinya sekitar dua hingga empat hari.

“Jadi kalau pesakit balik dari Johor awal bulan, ini bermakna kemungkinan dia berjangkit di kalangan rakan-rakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Khuzzan turut memberitahu, majoriti demam selsema yang dilaporkan di negeri ini membabitkan virus influenza bermusim.

Advertisement

“JKNJ mengingatkan masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau mengamalkan adab batuk yang baik,” tambahnya.

Semalam, TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan dua pegawainya yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dijangkiti wabak berkenaan.

Dilaporkan mereka dijangkiti virus berkenaan awal bulan ini selepas pulang daripada bercuti di Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top