BM | EN | 中文

Tiada dalam senarai Penyelaras Khas DUN, Pas tak diiktiraf di Johor

Penyelaras-Khas-DUN-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 13 OGOS: Pas sekali lagi dilihat tidak diiktiraf oleh Perikatan Nasional (PN) Johor dengan melihat kepada senarai lantikan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata berdasarkan senarai tersebut, Pas seperti tersisih jauh dan teruk dibuli rakan mereka.

Mahadzir Mat Zili

Katanya, Pas seharusnya diiktiraf kerajaan PN Johor kerana satu kerusi dimiliki Pas sangat berharga bagi kesinambungan kerajaan di negeri ini.

Advertisement

“Dalam lantikan tersebut, tiada nama dari kalangan orang Pas. Seharusnya penyelaras DUN tersebut perlu diberikan sekurang-kurang dua atau tiga kerusi kepada mereka.

“Pas mempunyai pengaruh mereka sendiri di negeri ini. Namun Umno seperti ingin menjadi ‘abang besar’ serta menyisihkan rakan asalnya dalam diam.

“Sebelum ini terdapat rungutan dari akar umbi Pas yang mendakwa mereka tidak diraikan di Johor.

Advertisement

“Antaranya seperti lantikan Ahli Majlis dan beberapa lagi lantikan politik dalam kerajaan negeri yang tidak diberikan kepada mereka,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan Pas menyatakan pendirian sebagai sebuah parti yang bermaruah bagi mewakili suara ahli mereka.

Tambahnya, Pas sudah harus memikirkan langkah seterusnya tentang kelangsungan parti mereka berdepan pilihanraya umum (PRU) atau membubarkan terus parti itu di Johor.

Advertisement

“Saya nasihatkan Pas untuk menutup sahaja semua cawangan dan kawasan mereka di Johor supaya lebih selesa untuk mereka memuktamadkan matlamat mereka yang semakin kabur.

“Pas sudah boleh mengangkat kaki dari Johor ini atau menyatakan pendirian mereka sekiranya mereka benar-benar mahu melihat Islam berkembang di negeri ini.

“Tindakan dari rakan PN terhadap Pas boleh dikatakan zalim berbanding dengan semasa zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah dahulu di mana semua rakan komponen diraikan termasuklah mereka yang sebelum ini memsabotaj PH dari dalam,” ujarnya lagi.

Advertisement

Dalam senarai Penyelaras Khas DUN Johor dikemukan baru-baru bagi 25 daripada 27 Dun oleh Menteri Besar Johor jelas tidak kelihatan lantikan daripada pemimpin atau ahli Pas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top