BM | EN | 中文

Tiada alasan Muhyiddin tangguh Parlimen

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 APR: Tiada lagi sebarang alasan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memanggil sidang Parlimen apabila gelombang ketiga wabak Covid-19 akhirnya berada di bawah kawalan.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, proses pendaftaran dan pengedaran vaksin Covid-19 perlu dipercepatkan untuk membolehkan kehidupan kembali norma dan memulakan proses pemulihan ekonomi dalam suku keempat tahun ini.

“Parlimen patut dipanggil bersidang untuk membuat keputusan mempercepatkan pelaksanaan program imunisasi Covid-19 kebangsaan menjelang hari Malaysia pada 16 September 2021 dengan mengguna pakai pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyrakat’,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Veteran DAP itu dilaporkan Roketkini berkata, beliau berharap dapat melihat penurunan kadar kes Covid-19 yang berterusan dalam hari-hari yang akan datang.

Dalam pada itu, Kit Siang juga mempersoalkan sama ada adakah mesyuarat Kabinet yang dijadualkan hari ini akan memutuskan bagi Muhyiddin menasihati YDPA untuk memanggil sidang Parlimen bagi membolehkan wabak tersebut ditangani dengan lebih efektif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top