BM | EN | 中文

“Tiada Adun Bersatu nak sertai UMNO” – SU Bersatu Johor

sj.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUL: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mendakwa beberapa wakil rakyat Bersatu di negeri ini akan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang menafikan dakwaan itu berkata, kenyataan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu tidak berasas sama sekali.

Jelas beliau, pihaknya sudah berjumpa beberapa wakil rakyat Bersatu Johor dan mereka kekal setia dengan perjuangan Bersatu.

Advertisement

“Tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ahli parlimen Bersatu Johor yang menyatakan hasrat untuk sertai UMNO. Mereka semuanya setia dengan Bersatu.

“Kita pun kenal siapa Mohd. Puad, beliau boleh cakap apa sahaja tetapi kita dengar sahaja,” kata Dr Sahruddin semalam.

Mohd. Puad baru-baru ini menyatakan beberapa ADUN Bersatu Johor sedang menunggu masa sesuai meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO dan perkara tersebut bukan lagi rahsia.

Advertisement

Beliau turut mencabar empat ADUN Bersatu Johor yang sebelum ini mengancam menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk berbuat demikian bagi membuktikan mereka benar-benar berani dan bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Terdahulu, Dr Sahrudin dilaporkan Utusan Online berkata, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian dalam usaha membantu rakyat yang tersepit dengan Covid-19 seperti disarankan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

“Bersatu Johor menjunjung tinggi saranan Tunku Ismail dan semua pemimpin politik perlu mematuhinya dalam usaha membantu dan memperkasa agenda untuk rakyat,” kata ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top