BM | EN | 中文

Thaipusam tahun ini disambut dengan rasa terkilan

Jeevan-Supramaniam.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 JAN: Tindakan kerajaan PAS  Kedah membatalkan cuti Thaipusam membuatkan ramai penganut agama Hindu berasa terkilan dalam sambutan perayaan itu tahun ini.

Wakil kaum India Parti Amanah Negara (Amanah), Jeevan Supramaniam berkata keputusan kerajaan Kedah itu meminggirkan semangat dan hubungan baik antara kaum di negara ini.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan PAS yang begitu sombong dalam memberikan kenyataan berkenaan kaum India di negara ini yang hanya menuntut hak mereka.

Advertisement

“Lihat sahaja kenyataan dikeluarkan, ia menyinggung perasaan orang India seperti kami. Langsung tidak menghormati agama lain.

“Kekuatan negara ini adalah perkongsian antara kaum tetapi PAS telah memisahkan perkara itu dan langsung tidak menghormatinya.

“Mana suara Ketua DHPP PAS, Bala (Balasubramaniam Nachiappan) dalam hal ini? Jangan mempermainkan kaum India hanya apabila PRU sahaja,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang berdiam diri dalam hal tersebut.

“Kerajaan pula dilihat mendiamkan diri dalam hal ini dan jelas menunjukkan bahawa kerajaan hanya mempergunakan kaum India selama untuk kuasa mereka semata.

“PAS adalah komponen dalam PN dan kita boleh rumuskan bahawa PN memang bukan sebuah kerajaan yang baik dalam menjaga keharmonian negara.

Advertisement

“Saya menyeru kaum India di seluruh Malaysia untuk menolak kepimpinan PN terutamanya PAS di negara ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top