BM | EN | 中文

Tetapkan tarikh tutup vaksin, Wan Saiful tak perlu gertak rakyat – Adun Paloh

sheikh-umar-bagharib-alu-adun-paloh-dap.jpg
Advertisement

KLUANG, 13 JUN: Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dinasihatkan agar tidak menuding jadi kepada rajyat dengan cadangan menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksinasi Covid-19.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Wan Saiful juga perlu menjelaskan atas kapasiti apa beliau mencadangkan perkara itu.

“Soalan saya, Wan Saiful bercakap atas kapasiti apa? Rakyat di kawasan mana yang beliau maksudkan?

Advertisement

“Nasihat saya, Wan Saiful jangan menuding jari kepada rakyat. Jangan asyik salahkan rakyat. Rakyat di bawah ini ada pelbagai kekangan, namun ramai yang berusaha keras agar dapat divaksin segera. Bukan sambil lewa.

“Kerajaan sepatutnya mempermudahkan, bukan mengambil pendekatan seolah-olah mahu menggertak rakyat,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dilaporkan berkata, kerajaan perlu menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin untuk mengelakkkan orang ramai mengambil sikap sambil lewa.

Advertisement

Bahkan beliau yakin lebih ramai rakyat akan ‘insaf’ dan segera pergi mendaftar vaksin.

Sheikh Umar berkata, di kawasan Paloh semalam dalam masa enam jam sahaja, 500 dos suntikan telah berjaya diberikan.

“Itu pun masih ramai yang berharap dapat divaksin tetapi tidak berjaya kerana jumlah vaksin yang terhad.

Advertisement

“Disamping itu ada yang kecewa kerana isu-isu berkaitan sistem pendaftaran yang ada masalah seperti salah alamat temujanji, pendaftaran bertindih dan sebagainya.

“Ada warga emas umur 80-an telah mendaftar sejak Mac lalu. Pagi petang siang malam buka MySejahtera kerana takut terlepas tarikh temujanji.

“Proses pemberian vaksin perlu dipermudahkan buat mereka. Lebih banyak PPV perlu dibuka. Capaian sehingga ke pelusuk kampung dan kawasan luar bandar. Ini yang harus diberikan perhatian,” kata Sheikh Umar.

Advertisement

Justeru itu, Naib Pengerusi DAP Johor itu berharap agar Wan Saiful turun padang dan meninjau sendiri keadaan di lapangan.

“Saya mempelawa Wan Saiful turun ke Paloh dan Kahang. Dalam sehari, 500 orang siap divaksin di Paloh apabila vaksin ‘dibawa’ kepada mereka. 300 orang divaksin di Kahang.

“Rakyat bersungguh-sungguh mahu mendapatkan vaksin. Menetapkan tarikh tutup pendaftaran ini dasar yang tidak berpandukan sains dan bukti.

Advertisement

“Apakah selepas ini PN mahu saman RM1000 pula kepada rakyat yang tidak mendaftar? soal Sheikh Umar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top