BM | EN | 中文

Teruskan patuhi SOP walaupun sudah divaksin – Adun Jementah

Teruskan-patuhi-SOP-walaupun-sudah-divaksin-Adun-Jementah.jpg

Tan Chen Choon (dua dari kanan) menyumbangkan satu unit mesin cetak dan katrij dakwat semasa lawatan ke PPV Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat. Sumbangan diterima pegawai perubatan Dr Azizi (dua dari kiri). Hadir sama Ketua Jabatan Penerangan Segamat Nor Sufian (kiri) dan Dr Saiful.

Advertisement

SEGAMAT, 15 JUN: Adun Jementah, Tan Chen Choon menyeru dan menasihati orang ramai agar menitikberatkan pematuhan SOP pencegahan Covid-19 walaupun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sama ada dos pertama atau kedua-dua dos.

Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata, orang ramai perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus Covid-19.

“Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada Covid-19.

Advertisement

“Kaedah ini tidak terjamin bahawa kita akan dikecualikan untuk dijangkiti Virus Covid-19 dan jangkitan ini bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

“Sebaliknya, kaedah ini mengurangkan risiko kita daripada dijangkiti virus Covid-19 dan menghadapi sakit tenat sekira dijangkitinya.

“Justeru, kita tetap wajib mematuhi segala SOP pencegahan Covid-19 walaupun kita telah menerima suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ujarnya, baru-baru ini terdapat kes jangkitan Covid-19, juga kematian akibat Covid-19 walaupun telah menerima atau melengkapkan suntikan vaksin.

Kata Tan lagi, vaksin bukan ubat mujarab, lebih-lebih lagi varian dan mutasi virus Covid-19 telah muncul di mana rantaian penularan virus mutasi ini lebih cepat dan lebih luas.

“Badan kita mempunyai tahap imuniti berbeza dan mampu menyerang jangkitan virus tertentu. “Keberkesanan vaksinasi adalah berbeza di badan setiap orang.

Advertisement

“Kita sedia maklum bahawa virus Covid-19 ini merupakan virus baharu dan dengan suntikan vaksin Covid-19, ia akan membantu dan meningkatkan fungsi tahap imuniti di badan kita.

“Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan risiko kita terhadap jangkitan dan kematian akibat Covid-19.

“Justeru, selain vaksinasi, kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa bersukan, mengamalkan amalan cara hidup yang sihat, mematuhi SOP pencegahan Covid-19, pakai pelitup muka ketika di luar, kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan elak berkumpul ramai-ramai bagi memastikan tubuh badan kita sihat,” katanya lagi,

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top