BM | EN | 中文

TERUJA TERIMA KUNJUNGAN PH

IMG-20191113-WA0023.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 13 NOV : “Saya benar-benar terharu kerana ada pihak sudi datang,” ujar Iswadi Abd Rahman, 39 ketika menerima kunjungan Srikandi Bersatu di rumahnya di Kukup, di sini.

Menceritakan kisahnya, Iswadi yang mengalami penyakit darah terpaksa berhenti kerja kilang di Benut, kira-kira setahun yang lepas

Advertisement

“Pada awalnya, saya rasa sakit-sakit badan terutama di bahagian pergelangan badan terasa bagai dicucuk jarum.

“Sakitnya kian merebak sehingga tidak mampu untuk bergerak dan saya seperti berada dalam keadaan lumpuh selama kira-kira enam bulan.

“Walaupun sekarang saya boleh bergerak dan berjalan perlahan-lahan, namun pergelangan saya masih membengkak,” ceritanya.

Advertisement

Beliau kini ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan kakak turut meluahkan rasa sedih kerana pergerakan untuk mencari rezeki telah terbatas.

“Sekarang, bukan sahaja susah untuk keluar bekerja, malah untuk keluar ke hospital menjalani rawatan pun saya tidak mampu.

“Makan pun tidak boleh sebarang, daging, ikan dan ayam saya tidak boleh makan, hanya sayur sahaja,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Rafiah Bunyi Ahmad, 60, yang mengidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu turut gembira dikunjungi Srikandi Bersatu.

Warga emas itu mengakui kehidupannya berubah berikutan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong, apatah lagi dia turut mengalami masalah penglihatan.

Iswandi menunjukkan bengkak akibat sakit darah 

Kehidupannya juga bertambah sukar memandangkan kos rawatan penyakitnya juga tinggi walaupun menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.

Advertisement

“RM300 memang tak cukup sebab kira-kira RM1,000 setiap bulan yang diperlukan bagi menanggung kos rawatan dan kelengkapan harian seperti tisu, jarum insulin dan lampin pakai buang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Srikandi Bahagian Johor Bahru, Azlinda Abd Latif, berkata, kunjungan ini bertujuan mengenalpasti golongan asnaf yang memerlukan bantuan terutama berkaitan kesihatan.

“Isu kesihatan merupakan isu yang agak kritikal masyarakat luar bandar seperti di Tanjung Piai memandangkan capaian mereka ke klinik dan sebagainya agak terbatas,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top